Jumaat, 23 Oktober 2009
Sekolah Sungai Kayu yang dahulunya dikenali dengan nama "Sekolah Sukarela Rakyat" ditubuhkan oleh masyarakat Kg Sungai Kayu dan operasinya sehingga tahun 1975. Sekolah ini telah mengalami beberapa perubahan dari segi nama dan lokasinya. Bangunan awal sekolah ini pada asalnya adalah terdiri daripada atap nipah, berdinding nipah dan berlantaikan tanah.
Padang
Rumah Guru
Tempat Mesyuarat
Sehingga pada tahun 1990, Projek Kilat membina bangunan tetap SK Sungai Kayu yang terdiri daripada 2 blok bangunan dan seunit rumah guru berkembanr disiapkan. Sekolah yang berada di atas tapak sekarang ini telah mula beroperasi pada tahun 1991.
Pada tahun 2000, Pejabat Pendidikan telah membina Projek Kilat seunit bangunan konkrit yang menempatkan 3 buah kelas. Walaubagaimanapun, disebabkan masalah kekurangan bilik untuk urusan pentadbiran, bangunan konkrit ini digunakan untuk pejabat pendidikan, bilik guru dan serbaguna